Post kali ini ialah berkaitan cara-cara mencegah serangan virus yang akan membuatkan laptop anda jadi lembab (dan akhirnya otak pun turut lembab) / atau fail-fail dalam pendrive ghaib atau hanya tinggal short cut.
Gambar hiasan semata-mata
Cara Elak Virus dihidupkan/activated
Bila anda plug pendrive ke slot USB, biasakan diri untuk buka pendrive tersebut melalui 'Explorer'. Maksudnya cenggini.
Kalau guna windows XP atau 7, akan keluar autoplay macam ni....
Nak selamat, tutup dulu autoplay/autorun tersebut. Sebab kadang-kadang virus tersebut menyamar menggunakan icon 'folder' tersebut.
Lepas tutup autorun tersebut, buka My Computer, INI LAGI PENTING!!! JANGAN DOUBLE CLICK TERUS PADA 'PENDRIVE'!!! Sebab kalau dalam pendrive tersebut mengandungi virus yang sedang bersedia untuk menyerang laptop, maka dengan double click tersebut, virus itu akan mula 'hidup' / activated.
Sebaliknya anda buka pendrive tersebut daripada list kat tepi tu....
Bagi windows XP, untuk keluarkan list kat tepi tu bila buka My Computer, sila tekan button 'FOLDER' kat atas tu. Maka list kat tepi tu akan keluar tanpa was was.
Kalau anda pakai antivirus KASPERSKY, bila cucuk pendrive ke slot usb, 'dia' akan tanya nak scan ke taknak. Maka rajin-rajin lah scan dulu sebelum buka pendrive. Tapi untuk lebih selamat, setiap kali nak buka pendrive, amalkan cara yang kami share ini.
IKLAN
*hubungi kami untuk license KASPERSKY dengan harga yang murah dan ORIGINAL. (atau hubungi sendiri dengan no ini
..
0 comments:
Post a Comment